Dari semalam aku, kak norli ngan fida diselubungi misteri kehilangan Shiro.Di mana Shiro? Di mana dia menghilang?Puas kami cari dan mencari-cari di dalam rumah.Tapi hampa. Adakah kami perlu mendapatkan bantuan pakar yang dalam mastika tu(apa namanya aku lupa) untuk menggunakan kuasa minda memikirkan di mana shiro aku berada..Sebelum kehilangannya, dia bermain-main dengan benang aku.menggigit benang yang aku guna untuk membuat kraftangan sehingga putus.Dan habuan yang dia dapat adalah balingan seperti bola boling oleh aku. Dia tidak makan aiskerim ketika itu. Adakah dia merajuk? Kecik hati atau kagum dengan balingan aku yang bias menjatuh kan semua pin.Aduhhh mana shiro pergi..Kami buntu nak cari di mana lagi.Nak dapatkan bantuan Polis.Ahh sharlinie punya kes pon depa dah tutup.Inikan pula Shiro aku.Depa akan pandang sebelah mata aja..atau pandang dengan mata terbukak sikit aja..Argggghhhhhh!!!! bagaimana aku nak teruskan hidup aku..
Pagi ni.Semasa kaki aku melangkah longlai menuju ke kereta untuk ke tempat kerja aku meninjau sekeliling kawasan tanah.Mana tau kalau shiro marah dan cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 4 rumah aku itu..tapi aku tak jumpak mayat atau kesan-kesan yang menunjukkan shiro pernah berada di tempat kejadian.Aku tinjau dalam longkang, tepi pokok, dalam pasu jiran, kat rak kasut jiran, dalam lubang biawak..semua nya tapi hampa.Sapa yang culik Shiro aku..tolong lah pulang kan..Aku sangat merinduinya walaupon tak sampai 24 jam lagi kehilangannya..Sian shiro.Dia seorang yang riang dan suka bergurau senda.Sapa lagi nak bergurau ngan kami bertiga.Tiada lagi pengubat duka.Shiro di mana kau shiro? Mama, Mami dan mama gebu rindukan kau.Pulang lah shiro..pulang lak..Mama akan belikan makanan yang banyak nanti.
Sampai opis..Fida tetiba Tanya “Fiza ang dah cek dalam peti ais?” Hahhh sudah aku lupa nak cek dalam peti ais.. Fida mungkin mendapat kuasa misteri yang ternampak Shiro sedang merekot badannya di dalam peti ais sambil terketag-ketag menahan kesejukan peti ais..kamon Fida..aku adalah orang terakhir bersama mangsa. Dan seingat aku.. aku tak buka peti ais malam tadi untuk minum air coke aku, atau maka nuget atau memakan makanan angpa secara senyap-senyap sehingga habis..aku tidak buat semua itu.Jadi celah mana dia nak menyelinap masuk ke dalam peti ais yang kecil dan harga nya RM 400 aja itu..uhhh tidak masuk akal betul..Aku cuba pastikan dengan Kak Noli(mama gebu) adakah dia membuka peti ais semalam untuk makan jamu..Dia jawap TIDAK.. Jadi sungguh misteri..Adakah aku perlu berjumpa dengan bomoh? Atau uncle seekers untuk kesan dia…Shirrroooooooooooo Pulanglah sayangku..
Hari ini kami akan meneruskan misi carian kami..kami akan meminta permit dari polis untuk memeriksa rumah-rumah jiran kami untuk mencari kalau shiro berada di situ..tetiba terpikir tentang lelaki kucing.. Ahhh takkan nasib Shiro sama seperti sharlinie yang di tangkap lelaki kucing dengan berlakon mencari kucing.. tidak mungkin semua ini berlaku kerana shiro sendiri adalah kucing.Aku yakin shiro masih hidup sebab atuk aku kata shiro ada 9 nyawa..Shiro pulang lah..kami rindukan tokakkan, gigitan dan cakaran mu yang manja tapi menyakitkan itu..kami maaf kan segala perbuatan shiro selama ni..pulang lah..Akhir kata terima lah lagu yang kami tujukan khas untuk shiro Kepulangan Di Aidilfitri nyanyian Aishah..muah untuk shiro
shiro, pulanglah…akak sedia terima shiro kalau shiro pulang, walaupun shiro bakal dipindahkan ke jalan bahagia nanti…isk..isk…(dialog ini adalah tipu)
akak?? perasanla ang aida…ang tu baya kita org jer…guna ganti nama auntie la…
utk sayangku shiroo…mama fida x kan kurung shiro dlm almari lagi ..mama janji ..btulnie…
utk sayangku shiroo..mama x kan tutupkan pintu balkoni dan biarkan shiroo kepanasan diluar rumah..
utk sayangku shiroo…mama x kan letak shiroo bawah tudung saji lg sbb kacau mama ngan mama gebu lipat baju…
utk sayangku shiroo…shiroo bole gigit kaki ka tanganka..mana2x anggota badan mama masa mama tgk tv…mama rela kalau tu meriangkan hati shirooo
pulangla shiroo….huhuhuu…
Betul tu shiro..kalau shiro nak gigit tangan mama sampai lebam pon mama tak kisah..gigit lah..abih tangan mama ko gigit, ko gigit lak tangan mama fida pastu tangan mama gebu..abih semua ko gigit la tangan ko sendiri shiro..balik lah shiro..
hampa agak2 shiro baca dak blog ni?
shiro baca..malam-malam sebelum tidog aku bacakan dia buku cerita.