Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2008

Adakah Shiro dicabul?

Setelah 1 hari setengah, Shiro telah berjaya dijumpai oleh kak noli (mama gebu) dalam keadaan bogel dan kelaparan. Dia kelihatan sangat letih.Di mana dia dijumpai? Ohh ketika kak noli pulang dan hendak bertandang ke rumah jiran seperti biasa untuk bergosip agaknya tetiba meluru masuk satu makhluk berbulu (bukan musang berbulu ayam yer) ke dalam rumah. Kak noli menjerit “ Shiro!! Shiro!! Ini kucing kami yang hilang” sambil mendakap shiro dengan penuh manja.Dan Shiro meronta-ronta kelemasan.Baru sehari lebih shiro hilang kelihatan badannya sedikit susut. Kak noli mengendong shiro ke tingkat 4 umah kami sambil menjerit memanggil nama aku “ Fiza akak dah jumpa Shiro” tahniah Kak noli. Tahniah.. sahbas bete.. shabas.. (more…)

Read Full Post »

Di mana Shiro?

 Dari semalam aku, kak norli ngan fida diselubungi misteri kehilangan Shiro.Di mana Shiro? Di mana dia menghilang?Puas kami cari dan mencari-cari di dalam rumah.Tapi hampa. Adakah kami perlu mendapatkan bantuan pakar yang dalam mastika tu(apa namanya aku lupa) untuk menggunakan kuasa minda memikirkan di mana shiro aku berada..Sebelum kehilangannya, dia bermain-main dengan benang aku.menggigit benang yang aku guna untuk membuat kraftangan sehingga putus.Dan habuan yang dia dapat adalah balingan seperti bola boling oleh aku. Dia tidak makan aiskerim ketika itu. Adakah dia merajuk? Kecik hati atau kagum dengan balingan aku yang bias menjatuh kan semua pin.Aduhhh mana shiro pergi..Kami buntu nak cari di mana lagi.Nak dapatkan bantuan Polis.Ahh sharlinie punya kes pon depa dah tutup.Inikan pula Shiro aku.Depa akan pandang sebelah mata aja..atau pandang dengan mata terbukak sikit aja..Argggghhhhhh!!!! bagaimana aku nak teruskan hidup aku.. (more…)

Read Full Post »

Mata klikpok klikpok

44366353_666f29918a.jpgOiii mata pejam la oiii..dok klikpok klikpok lagi..bila mau tidog ni..esok isnin..kelas aku kul 8.00 pagi oi..kul 6.45 pagi aku dah nak kena mangkit.Kalau kul 3 tidog aku hanya tidog 3 jam lebih aja.Mana cukup beb..TV 3 citer apa? Jodoh 2 beradik..citer apa tah aku tak pernah tengok pon..ada Wardina time dia tak pakai tudung dulu dan ada arwah Hani Mohsin..TV2 citer korea “Running Boy”.Cam best tapi tak larat  tunggu.TV8 game apa tah..TV1 ada lawan badminton.Tapi aku pon tak sure lama puya ka apa..nampak cam dia tulis piala thomas.. Malaysia lawan Korea..bila punya ekk.ketinggalan tul aku bab sukan mukan ni..awat takleh tidog ekk..patutnya aku letih leh terus tidog..banyak aku jalan petang tadi..drive lagi hampir 3 jam..tapi takmau gak mata aku pejam. (more…)

Read Full Post »

Hati aku bukan kristal

367198695_b74aedd7c1.jpgAku hangin satu badan ngan bebudak..bebudak mana? Anak buah aku? Bukan! Bebudak kerja caffe pon bukan..sapa lagi kalau bukan bebudak yang tak paham bahasa melayu yang aku guna setiap hari untuk mematuhi arahan aku yang sangat simple  dalam mengisi borang pinjaman KPTM. Aku sangat heran ngan bebudak ni..arahan yang sangat senang tak paham..bingai ker apa..dah tu menyusahkan aku..nak tunggu aishhhh..tapi bukan semua la..yang bingai tu ada dalam 10 20 orang dari 80 orang..uihhh banyak gak tu…Aku asyik nak hangin aja kat semua orang..bodoh..bangang..tolol..tu aja yang kluag dari mulut aku..tapi waktu mengomel sorang2 la..nak cakap depan..aishhh gila apa..ingat aku ni bingai sangat.. (more…)

Read Full Post »

Komenga!!Komenga

12/02/08-10.30 malam- Aku baru aja abis tengok abang RIO beraksi dalam dunia baru..suaranya..gayanya sangat macho bagi aku..minat gila lak aku tengok si RIO ni..tapi apa nama dia betul ekk..nanti ahh cari dalam internet. Semalam aku kata aku sangat menantikan raya Cina.Sebab apa?Kalau dulu-dulu time raya cina aja..ada sorang kawan We aku cina,dia akan bagi macam2 kat kitaorang.kekla..biskutlah..kuih bulan lah..Ba Kut Teh la..ehh ba kut teh aku tipu J..Dan pada tahun baru cina ni la aku akan disajikan dengan citer-citer cina yang aku damba-dambakan..yerla dulu2 mana aku ada VCD ngan DVD player..ngadap TV aja..mana mampu..aku kan kampung. (more…)

Read Full Post »

2094892840_71ca5ef015.jpgOligo koko..oligo koko..oligo koko..berdesing ja aku dengag iklan radio Era yang berlambak nak mampus tu..ni ada la orang tukag siaran radio aku ni..aku dalam reta layan Sinar aja..retro katakan..yang lain aku cam nyampah sebab banyak iklan satu..lagu tak berapa best satu..aku kan kampong sikit..Balik KL cuti seminggu raya Cina..tapi aku takdak kawan Cina..Student ada la..takkan nak pi raya umah depa.Aktiviti aku cuti ni adalah..pertama aku p tengok citer Dunia Baru the Movie..tapi cam haram zadehi..sebab apa..bukan sebab filem tu..tapi sebab sorang budak pompuan sebelah aku yang tak pernah masuk panggung agaknya..perangai tak ubah anak buah aku si fuad yang berumur 4 tahun..dok asyik ulang balik apa pelakon tu cakap..haree tul..dah tu gelak macam pompuan #$%^ pada part2 yang tak patut gelak..ganggu siot..aku dah tak tahan..memang aku tak tahan..sabag fiza sabag.. (more…)

Read Full Post »

Kad Kucing

t.jpg

Ke hadapan sahabatku yang diingati selalu.Semoga berada di dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang hendaknya.Saya disini sihat sihat aja.Tujuan saya menulis surat kepada awak ni adalah untuk bla..bla..bla..

Dah lama aku tak tulis surat.Dulu time sekolah aku sangat suka tulis surat kat mak ayah aku.sekarang dah ada email, friendster, myspace..bebudak dah jarang tulis surat-surat lagi.Kad raya mesti hantag kan..walaupon kawan kita tu dok sebelah meja kita aja..cam buang duit tapi kita buat jugak kan..ala kad raya gambag kucin tu murah aja..tulis ala kadar tanya beberapa soalan yang boleh ditanya secara terus menggunakan mulut. Berapa pasang baju raya tahun ni? Dah buat kuih raya ker?Dah beli kasut raya? Beg raya macam mana pulak? Datang la umah kita raya nanti ek? Jangan lupa bagi duit raya kat kita. Pecah kaca pecah tong sudah baca harap gantung..itu pesanan terakhir dalam kad raya yang kita hantag. Dengan harapan kawan kita gantung kad raya kita kat ranting pokok yang ditakek dari belakang umah..sangat seronok yer kawan-kawan. (more…)

Read Full Post »

Bantai Kekabu

k.jpgKemarin dulu aku drive nak p sungai besaq..terpandang pokok kekabu yang sangat tinggi..dan ia menggamit memori aku time aku menjadi rakan kongsi tok aku untuk membuat bantai kekabu..bantai kekabu sangat disukai oleh orang-orang tua.Sebab apa?sedap tidoq.. tak sakit leheaq..murah(takyah beli buat sendiri)..lembut..dan lain-lain..berbeza ngan aku..sangat tidak menggemari bantai kekabu..sebab? Aku terpaksa ikut atuk aku kait kekabu..aku terlepas citer karton..aku tak suka bantai lembik..Tapi aku rasa harga bantai kekabu sangat mahai sekarang..dan aku takkan komen kalau harganya mahai..sebab apa? sebab aku dah merasa betapa seksanya nak buat sebijik bantai kekabu..kat tepi jalan ijok tu banyak juai bantai kabu..nak singgah gak beli tapi dok tagak tagak malas nak berenti reta..camna nak buat bantai kekabu? haaa ni ada cara nya yang aku ingat ingat lupa la: (more…)

Read Full Post »