Feeds:
Posts
Comments

Post budak terencat

imagesCA34M1ISHari ni aku memang tak dak reja..tetiba baca balik post2 lama yang aku taip masa aku masih kanak-kanak ribena berry..seakan terasa macam budak terencat sedang menaip..nak nak pulak pasai abang rain tu..Ya Allah..apa la sangat yang ada pada Rain tu ekkk..so makin kita besar makin kita akan ketawakan balik apa yang kita buat(yang agak-agak sengal ubi kayu) time kita memuda dulu..sapa yang terbaca ..sila baca dan bayangkan kanak-kanak yang menulis karangan untuk hantag kat cikgu BM 🙂

DSC_0323First Time datang tioman adalah 5 tahun sudah 2008..honeymoon la kononnya..So ini kali kedua aku ke Pulau Tioman.. Sebelum subuh aku,encik suami(stail budak sekarang panggil laki diaorang) dan Qaisara(anak aku) dah gerak..Sara masih mamai mamai..mamai tak mamai aku siram gak air sejuk mandi..Ok nak ikut jalan mana..disebabkan aku ngan laki aku bijak sangat(mata atas tangan kat bahu) kami ikut jalan dalam..pembantunya adalah google map..sekali abg google bawak kami masuk tol linggi ..Ya Allah baik aku guna hinghway pd ke seremban  pastu masuk highway balik..disitu masa aku dah terbuang..kitaorang berenti kat restoran jejantas untuk solat dan teeeeerusssssss sampai  ayer hitam..

Lepas Ayer hitam..kitaorang terus ke mersing(haaa ini takdak highway hokay..korang hadapla jalan lama) nak naik ferry kat situ sebab dah deal ngan orang Salang Beach Resort..Ferry Jam 9.30 Pagi.Tapi tak sempat naik..sampai sampai aja jam 9.50 Ferri baru bergerak…ferry berikutnya jam 4.30 petang.Tak kuasa aku nak tunggu.Untuk pengetahuan ada 2 cara nak pi tioman sama ada nak naik ferry kat Mersing(Johor) atau nak naik kat Tanjung Gemok(Pahang)…so terpaksa pi Tanjung Gemok dalam 30minit perjalanan kereta dari Jeti Mersing. Sampai makan dulu..parking kereta satu hari rm10 so 2 hari RM20…Ferri jam 11.00 pagi harga Dewasa RM35.00 kanak kanak RM30..Tapi masa pi kena bayar RM5.00 sorang tambahan untuk marrine parks fees..blah balik tak payah.

DSC_0371

Jam 11.30 lebih sikit  ferri gerak..dalam 12.45 dah sampai tioman.. tapi sampai pada hentian yang pertama..first dia berenti kat kampong Genting ..pastu kampong Paya..kampung Tekek ..kampung takdak nama pastu last kampong Salang..so sapa yang nak pi sana kena pikir la nak tidog kat mana..Kalau silap perhentian camna? Takdak masalah naik aja teksi laut..ala boat kecik2..pastu hadap ajala bayarannya J.. Ok sampaiiiiiiiiii…sampai Kampung Salang Jam 2 kot rasanyala..aku pon tak berapa perasan..sampai aja rasa waaaaahhhhhhhhh…walaupon aku dok kat port dickson dekat aja nak mandi laut tu..tapi airnya masuk aja Nampak kepala aja..badan semua tak nampak…tioman ni…uihhh pi sendiri la baru tau cantiknya ya Allah… Continue Reading »

Setahun Sudah..

Selamat Hari Raya

Salam Ramadhan untuk semua..(cam ramai sangat baca kan). Setelah lama gila aku tak taip apa-apa dalam blog ni..tetiba hari ni terasa nak menaip..nak kata sibuk sangat tak pon..Sekarang Alhamdulillah aku dah bahagia di politeknik Port Dickson..terasa amat bersyukur..Dapat juga aku keluar dari Politeknik Sabak Bernam yang sesiapa sahaja yang masuk situ pasti susah untuk keluar..cam berhantu aja..Setahun dah pon kat poli pd ni..cepat sungguh masa berlalu..rasa cam baru aja daftar masuk kerja ke poli sabak bernam 7 tahun sudah..Apa nak citer pon taktau..Cukup la takat ni dulu aku naip untuk kali pertama setelah setahun..dan dikesempatan ini juga pada sahabat handai semua selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri(aku tak dapat slot istimewa cam rosmah untuk buat ucapan raya)..Kalau ada salah silap tu harap diampun kan..Haaaa lupa nak cakap last entry aku adalah nak body baru time raya..so sama aja la aku tahun ni..ni dah berjaya tak makan nasik 3 hari :)..semoga berjaya 🙂

Aku dan Dr Rozmey

Apa hubungan aku ngan dr rozmey..haaaa suspen kan..baru-baru ni aku bertekad nak kuruskan badan..tak kisah la apa cara sekali pon yang penting raya ni aku dapat body baru..wah..wah bukan main kan aku punya kehendak…so aku pon order la jusmate 5 dari abg rozmey ni..aku amik 3 kotak sekaligus betapa sifat tamak menguasai diri aku..persoalannya adakah aku berjaya menguruskan badan? Baru makan satu kotak. “ang makan nasik tak?” FAQ yang sering ditujukan kepada aku..dan aku jawap”Alhamdulillah………makan jugak huhuhuhu”. Camna ni nak dapat body raya ni..kadang aku tak makan..kadang aku makan..nak nak kalau balik KL ngan husband aku lagi la kuat makan..aiyaaa..adakah berbaloi aku beli jusmate 5 ni..takper aku akan cuba jugak..pasni kalau orang ajak aku makan..aku akan jawap “Cooobaaaannnn…” atau aku nak jawap “Cooooooptempataku”..huhuhuhu

Pejam celik..pejam celik dah 30 tahun umuq aku..Dah lama tak jenguk blog syok sendiri aku ni..tak sempat..baru nak buka laptop akan ada jari jemari lembaga kecil yang akan turut menekan sekali keyboard ni..lagipon takdak citer best sangat nak tulis.

Mak ngan pak mentua aku takdak 2 minggu ni..ke mana?Umrah..bukan nak bawak aku sekali..aku pon tak sempat nak hantag depa kat KLIA..Nak dijadikan cerita..ni husband aku citer kat aku..kalau dia tipu aku..aku pon turut bersubahat tipu angpa semua..Masa mak ngan pak mentua(aku sebut mak pak aja ek..mentua aku buang..tak larat taip panjang2) aku dah sampai KLIA pak mentua aku pakai kasut selipar ala ala croc tu yang tertutup yang cam budak terapit escaltor tu. Uihhh mesti ingat angpa aja leh pakai croc..kau ada?Sekali tah macam mana tah diaorang(aku agak pihak tabung haji kot..salah sorry) kata takleh pakai kasut camtu..kena pakai selipar ala2 selipar jepun office aku yang siap ada kod hak milik kerajaan lagi..gila best. Dah tu mana nak cari selipar..takkan nak pi umrah nak bawak selipar spare kan..so berlaku dialog seperti dibawah:

Pak mentua aku: Ha..nah amik RM15 ni pi beli selipar jap
Laki aku: Ok (dalam hati..mana nak cari)
laki aku pon pi la round2  kat KLIA tu..jumpak la satu kedai..ada selipar seperti yang diidamkan pak mentua aku..tapi…cam biasa la orang-orang cam kita kalau beli barang apa yang kita tengok dulu?..haaaa pandai pon..cari tag harga..alamak RM30..apa a selipar cam ni pon RM30 kat luar tah2 4 5 hinggit aja..laki aku pon congak2..pak mentua aku bagi RM15 maka dia terpaksa tambah RM15 lagi..lama jugak laki aku dok pikir kat kedai tu..nak amik ker tak..nak amik ker tak?Aku kata “ala abang ni kedekut lah tambah RM15 aja pon”…”buka kedekut tapi tak berbaloi” Setelah agak lama tayang muka kat kedai tu tetiba talipon laki aku berdering:
 
Laki aku: Hello!!
Pak Mentua aku: Ha..tak payah beli selipar tu ni JIJOY(abang ipar aku)dah beli  kat kedai BONIA atas ni.
Laki aku: Ha ok ok..(lega..selamat duit)
 

Sambil jalan  ke tempat mak nagan pak mentua aku tunggu..dalam hati laki aku kata..seb baik la pikir dulu nak beli ke tak..selamat duit aku..tapi APAKEHEINYA diaorang buang duit beli kasut selipar bonia..berapa harganya..aku pon tak pasti..dan aku rasa mahai..lebih dari 30 hinggit tadi..ishhh buang duit..kasut aku pi kerja pon RM15 aja..takper la duit diaorang..Bila sampai aja..laki aku pon sua la RM15 tu kat pak mentua aku..tapi dia kata takperla simpan aja la..ishhh dalam hati laki aku “apasal la dia tak bagi RM50 tadi huhuhu”

So moral of the story..kalau nak beli barang angpa dok la kat kedai tu lama2 pikir nak beli ker idak..satu lagi jangan  beli barang kat KLIA..tah apa2..ok babai

Harus la ni bukan selipar yang dibeli untuk pak mentua aku.

Estet

Minggu ni aku plan nak bawak anak aku gi tengok filem estet..opss lupa laki aku sekali..pastu aku nak gi umah p ramlee..pastu nak gi mana lagi ekk..

Hari-hari aku dok hadap iklan kenapa beruang kutub tak makan penguin.. sampai aku pon hampir terpengaruh ngan iklan tu.Tengok budak yang bijak cam iklan tu mendorong aku nak beli dan bagi anak aku makan susu tu.Susu apa susu anmum tu la.Aku berkira-kira wang saku aku cukup ker nak bagi Qaisara makan susu tu.Kang kalau aku bagi susu tu tetiba dia takmau minum susu lain dah..haaa pokai aku nak beli tiap-tiap bulan.

Dutch Lady rumusan bayi..haaa itu makanan Qaisara buat masa sekarang.Berapa Harganya 1.8 Kg iaitu tin besar RM41.90 paling mahal la.Kalau kat 99 Mart murah sikit..ikut dan mana sempat aku nak beli.Tahap selera Qaisara terhadap susu tu biasa-biasa aja..takder la pelahap sangat.Satu hari aku gi Billion Sg Besar. Sekali aku terpandang susu anmum essential(tah betul tak ejaan ni) satu tin RM57.00 uihh takder a mahai sangat.aku bergegas bagitau husband aku. “Abang kita tukar la susu Qaisara tu..bagi dia rasa susu lain lak.Anmum RM57 aja..nanti abang beli ek”

Hari berikutnya .  “Sayang mana susu anmum yang harga satu tin RM57 tu takdak pon..ni ha satu kotak kecik 900gm ni ada la RM 57” Apaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! 900 gm RM57 kalau darab ngan 2 RM114 hinggit gila apa abang. Maksud nya susu anmum tu 1.8 kg = RM 114.00 kalau dutch lady 1.8 kg =RM41.90. Ya Allah bezanya adalah RM 72.10 yer kawan-kawan.Patutla beruang kutub tak makan penguin rupanya. Rupanya tin yang aku tengok tu untuk budak dah besar memang la murah sikit.“ Emmm takperla bang tak jadila beli susu tu..abang cari jerla susu Dumex pulak” dan husband aku bawak balik satu tin dumex  1.6 kg RM 36.++.Ok la tu abang.

“Qaisara kenapa Qaisara tak makan Anmum?” ..Qaisara terkial-kial sambil memusing botol susu.. “ Sebab mahai sangat mama!!” Pandai anak mama..pandai gak…

Ok carik-carik cepat mana beruang kutub

Ahhh tak jumpakla mama!! tutup jer la

Makan jer la cepat sikit pandai

Taklkative Bride

Dah agak lama aku tak berdestinasi budget semenjak dah ada Qaisara ni.So destinasi budget aku yang pertama buat tahun ni adalah MELAKA. Tu pon seb baik si Fida kahwen. Kalau tak aku tak berdestinasi budget gak. Fida kawin 13 hb Feb 2010. Aku selaku kawan mesti ambil cuti awal kan..so 11 hb aku dah cow kit road dah..gerak g melaka 12 hb sebab aku dah booking hotel cokia welia hotel..tapi cantik gak hotel tu. Puas hati la ngan harga nya RM78.00. murah kan..13 hb aku gi kenduri umah fida..uhhh masakan dia adalah yang paling sedap aku penah rasa kat rumah orang kenduri kawin..gulai dagingnya yang berlemak fuhhh..ayam goreng yang sangat sedap..tapai yang manis..cendol yang sedap..sangat-sangat sedap. Aku sampai umah fida,fida dah siap nikah dah..aku tunggu dia tukar baju sanding jer..masa  sanding si fida sangat ceria..sangat-sangat talkative huhuhu 🙂 Sempat dilambai-lambai kitaorang untuk bergambar huhuhu..Pas fida sanding aku pon cau balik..nak tunggu makan nasik sekali lagi cam segan pulak… ni tempat yang aku pi kat melaka selain umah fida:

Ni dekat muzium lebah..masuk adalah percuma..anda boleh rasa semua madu yang ada..boleh tengok jenis2 lebah yang telah diawet..anda akan dilayan oleh seorang makcik cina yang akan cuba menggoda anda untuk membeli madunya.

 Ini tak lain dan tak bukan adalah zoo melaka.Tempat wajib hadir untuk orang-orang yang dah mempunyai anak sebagai salah satu proses belajar mengenal benda-benda hidup 🙂

Haa.. ini pula kalau anda ingin menikmati suasana malam sepanjang sungai melaka tu anda boleh naik bot dengan harga RM10 seorang..sepanjang sungai rumah orang melaka sangat cantik.lampu yang disponsor oleh kerajaan melaka.sangat kagum dengan kecantikan rumah melayu lama.

Kalau anda penggemar barang-barang hiasan ker..antik ker..apa sajala boleh ke pekan cina dekat2 ngan muzium Melaka.Macam-macam ada jual kat sini.tinggal ada duit ngan takdak duit aja nak beli

Kalau nak beli barang-barang makanan macam belacan ke cencalok ke dodol ke tak payah la ke sini.Ini kat dataran pahlawan rasanya kot..sebab satu tak banyak pilihan..satu lagi aku rasa cam mahal la pulak

Kisah Qaisara

Hari ni dah hampir sebulan lebih aku cuti bersalin.Best ker cuti? Huh memang best sebab takyah pikir pasal kerja tapi tak best nya banyak benda yang aku amal kan time bujang dulu dah tak boleh di amalkan lagi sekarang.

 23 Okt 09 – aku dah masuk wad kat putrajaya. Sebab masuk awai sebab aku ada kencing manis katanya.tarikh patut aku bersalin 24 Okt 09.Tapi sampai 26 Okt 09 pon aku masih tak rasa sakit nak bersalin. Doktor kata baby aku besar 3.6 kg  bila kuar dari perut berat baby akan bertambah atau berkurang sebanyak 500g.So doctor kata kalau bersalin normal takut bahu baby sangkut.Dia suruh aku cuba normal dulu.Kalau tak berjaya depa nak bedah aku.Aku ok aja tapi bila sampai katil wad aku ubah fikiran.Aku pikir biar sakit sekali aja la.Kalau aku try normal dulu pastu operate lak aku dapat 2 kali sakit.Aku takboleh tamak..So aku cakap doctor aku tak jadi nak normal.Takpe belah la perutku.Aku rela…Tarikh depa bagi 26 okt.Ishhh bapak lambat lagi.Apa aku nak buat kat sepital ni dah la makanan tak sedap.Dok sorang-sorang..Surat habag metro tu bahagian iklan,sms,semua aku dah katam..Bapak bosan gila. Continue Reading »

 

jung-ji-hoon-news-0014Aku cuti 3 hari minggu lepas 24-26 Jun 09..Banyak agenda aku rancang nak buat walaupon gaji aku ditolak RM600++  siottttttttttttt tul kewangan.Macam mana nak beli barang baby..hishhh..petang rabu tu abis keja aku dah blah balik KL.Ingat nak balik lagi awal..dah thumb print lak..camna nak buat aku bukan cam citer CSI leh tiru cap jari bagi kawan aku tolong thumb print kan..jadi aku reda..

 Sampai KL husband aku dah tergedik-gedik dah kata transformers dah start…”Kata 24?” ”Tak syg..dah ada dah pon kul 5 tadi pon ada..ni kul 930mlm lak kat mbo” dia dengan excitednya memberi penjelasan…tengok la aku ngan husband aku..aku lagi suka yang part 1 tu..yang ni kureng sikit..sebab  start-start terus lawan..tak best sangat aku rasa..taktaula orang lain rasa camna kan..tapi yang pasti best 1000x ganda dari Jangan Pandang Belakang Congkak la huhuhuhu..Tapi cam terminator lagi best dari transformers.

Apa aku buat lagi ekk minggu cuti ni..haaa aku buat kerja seni hantaran untuk adik aku tunang..aku kan berjiwa seni yang bercita-cita menjadi biduanita seperti kak pah. Apa lagi aku buat haaaa menjadi juruandam adik aku..uihhh sep banyak tul adik aku tunang kali ni..patut aku cas hantaran ngan andaman kan.

edit1 Ni hantaran daripada pihak pompuan untuk pihak lelaki

edit2Haaa..nindia bakal pengantin

edit3

nindia aku yang membesar bagai johan

Apa lagi ekkk haaaa sambut besday aku dan RAIN bersama-sama yang ke 28 tahun tapi abang rain yang ke 27.Tapi RAIN sambut kat korea, aku sambut kat KL ngan husnband aku ja..dah banyak kali aku mintak dia bawak aku naik kat bangunan KLCC yang jambatan tengah tu time besday aku..dngar kata kena amik pass tuk naik..dan cam biasa permintaan aku tak termakbul..kalau la aku mati ker sure laki aku nesal gila huhuhu sebab banyak kali tolak aku nyer permintaan huhuhu..Gi makan kat Nailis ampang aja..tu pon rasa cam nyesal sebab mahal dan tak sedap..kalau sedap aku tak kesah sangat la.Kedekut kan aku dan husband ku huhuhu.Rumus yang aku dapat minggu lepas adalah 25 jun =Besday aku=Besday Rain=Michael Jackson Ninggal

Walaupon 5 hari cuti aku tetap rasa penat..mungkin sebab perut aku dah membesar..baju ngandung tak beli ni..esok lusa baju kurung aku dah tak muat..mak mentua aku bagi aku baju..malunyerrr mesti dia perasan aku dok pakai baju yang sama aja…huhuhuhu hala baju ngan jeans aku mana muat dah..baju besar ada la dua tiga helai..dok ulang baju tu ajala..malunyaaaaaaa..