Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Berangan’ Category

Belakang! Belakang!

satu.jpgAku sangat lapag arinih..seminggu aku tak makan nasik..sekali bila makan nasik kat KL aritu tetiba cam rasa ketagih untuk makan nasik lagi..kalau tak makan rasa ketag lutut  ayag liug berbuih sampai naik-naik atas cam penembak belon yang dijual kat kaki lima tuh..kelas aku direct arini dari kul 8 pagi sampai kul 12.15 tengah hari..tekak aku rasa cam dah nak terkeluag dah..sangat malas untuk bercakap sejak dua menjak ni..abih kelas aku pon dengan pelahapnya p beli nasik lauk ayam ngan ketam..uhhhhh sangat sedap..tapi nasik sesenduk aja leh boh..nak kuruskan badan..besa la pompuan dah kurus pon tapi rasa cam gemuk lagi..so aku tergolong dalam golongan itu.

(more…)

Read Full Post »

Takut

Semua orang ada perasaan takut..aku pon ada perasaan takut..apa tu takut..haa angpa cari sendiri maksud takut dalam kamus dewan..banyak benda yang aku takut..dan ada gak benda yang aku tak takut langsung..antara yang aku takut adalah: 

Balasan TuhanUihhh sapa tak takut woi..aku sangat takut..dengan amalan yang tak seberapa ni aku sangat takut..ni pon dalam proses meningkatkan amalan dan mengelakkan apa  yang dilarang..Aku tak pandai sangat cakap bab-bab agama..sebab apa? Sebab aku tak pandai sangat..tapi bukan la dungu benor…yang basic tu InsyaAllah tau la kot..dan kadang kalau aku cakap lebih2 orang akan tafsir lain..so bab agama biarla diri aku sendiri yang tahu diri aku camna..fullstop (more…)

Read Full Post »

Bye bye 2007..

summer02.jpg

Selamat tahun baru semua..2008..so tahun ni umur aku dah masuk 27 tahun..bila balik umah ker kampung ker soalan yang akan diajukan adalah bila nak kawen?…aku pon cam tak caya aja umur aku dah 27 tahun..rasa cam baru aja abis SPM..rupa-rupanya dah 10 tahun aku tinggal kan alam persekolahan..3 tahun lagi umur aku masuk 30 tahun..ya Allah..dah makin tua..kenapa aku belum kawen?..tak cukup lawa ker aku?(aku rasa ok la..takder la buruk benor)..takdak calon?(rasa cam ramai aja calon)..memilih?(aku takder la memilih sangat…asalkan cam Rain ok aja)..nak mak ayah carikan?(ishhh mak ayah aku dok KL..mana nak cari kat KL yang serba luas ni)..tunggu kekasih balik dari medan perang?(kamon..ni bukan zaman Jepun)..hantaran tinggi?(ala RM7000 standard apa kan..barang mahai lani)..tak pergi kursus kawen lagi?(Arituh aku dah pi dah)..tak akil baligh lagi?(ishh ada pulak)..so jawapan nya mungkin jodoh belum sampai..dulu time borak-borak miang ngan kengkawan..aku cakap aku akan kawen masa umur 25 tahun.. (more…)

Read Full Post »

Destinasi Bajet ke SP

Hari aku abih paper last…hati aku amat gumbira..nak buat samesop macam cun dan yojia dalam cita mero attack..cun yojia kapten..bercita-cita ke sukan olimpik(sapa tengok cita tu sure tau lagu tu)..aku antara orang las yang tinggalkan maktab tu..yang lain pakat balik abih dah..ada yang tak sabag nak jumpak laki depa la..nak jumpak anak depa la..nak jumpak mak ayahla..nak jumpak kekasih hati la..nak jumpak Ketua jabatan la..jumpak sepupu sepapat..jumpa maniam…aku nak jumpak sapa.aku nak jumpak tok aku kat SP..aku gerak kul 5 petang ikut jalan lama yang amat slow rock tu..ya Rabbi.. (more…)

Read Full Post »

VB yang punggah..

Bila aku baru aja start bukak VB yang nak jawap soalan tuk exam ari isnin ni tu..aku dah rasa mamai..aku dah penin-penin lalat..dah rasa nak muntah darah..meloya cam orang ngandung 3 bulan..dah muak..cemuih semua ada dalam diri aku..tu baru aku buat 2 3 form..kalau lebih dari tu aku rasa aku akan mengalami anjakan paradigma yang begitu hebat dalam kepala otak aku ni..mungkin otak aku ni akan dibuat kajian oleh dr faiz yang kununnya akan naik ke angkasa lepas kelak(yer la nak naik pulak tu)..drama btoi..mulut aku ni aku rasa dah dekat 38 kali dok menguap..buka tutup dan buka lagi…dan aku amik keputusan tuk tutup buang VB yang memang sedia ada jawapan tinggai nak hapai tu…dan lantas mengetik keyboard nak menaip sepatah dua kata disini….Wahh fida dah segar nampaknya..tadi bukan main sakit perut(period pain) tungging tebalik…. (more…)

Read Full Post »

Aku abih satu paper

13 Dis 07..aku baru abih satu paper exam..ada lagi 2..Ilmu pendiddikan.subjek yang mana semua guru kena tau..termasuk aku..Falsafah Pendidikan Kebangsaan..apa benda tu..baca buku IP(yer ker aku baca?) baru aku tau apa benda semua tu..kalau dulu aku main ajaq aja semua benda kat student aku..lani aku dah tau dan sedaq sikit la walaupun mamai-mamai lagi..betapa beratnya akauntabiliti sebagai seorang guru..apa kejadah akauntabiliti tu?..tanggungjawab yang aku kena buat dan kalau aku tak berjaya aku akan dipersoalkan..berat gak ekk tugas cikgu ni..orang kat luar yang asyik kutuk cikgu sesetengahnya tak tahu situasi guru la ni?Depa kata keja cikgu senang..haaa pala hotak depa la senang.. cubala sekali depa yang dok ngutuk tu try mai jadi cikgu tengok sebulan pon sudah la..seminggu dia tak rasa  apa lagi..tugas bukan satu..bukan ngajag aja..banyak lagi tugas lain.. kadang kita la kerani..kita la tukang cuci..pencacai..tukang antar student pi klinik(walaupun takleh claim det minyak)..tukang kontek student yang tak datang kelas(ishh time aku blaja kick aja terus tak pangge2 dah)..tukang angkat jemuran..semua la..tapi aku tak nafikan la ada gak cikgu-cikgu yang buat hal..dan disebabkan beberapa cikgu yang buat hal ni la yang sebabkan rosak susu sekotak..Dulu sebelum jadi cikgu aku pon pikir benda yang sama…senangnya jadi cikgu ni..tengah hari dah  buleh balik..tapi tu dulu.lani jangan jangan kau jangan bermimpi (nyanyi stail Siti Sarah)… (more…)

Read Full Post »

Destinasi bajet kami ke Langkawi

lang2.jpg

8 Disember 2007..seperti dijanjikan destinasi bajet aku adalah pulau lagenda Pulau Langkawi..aku beria nak pi sana lepas tengok iklan dalam TV..memula cam sayang duit nak pi sana..tapi aku kalah dengan pujukan iklan dalam tv..Dengar azan subuh aja aku dah bangun..giler seres kalau nak pi kelas atau reja aku tak bangun seawal ni..siap-siap..aku janji ngan member aku (Fida & Aida) nak gerak kul 6.45 pagi..ya seperti yang dijangka itu hanya janji melayu dan kami bergerak dari maktab ke kuala perlis kul 7 lebih..sampai aja..aku ingat kami adalah orang paling awai..tapi jangkaan aku meleset..tempat parking hampir penuh dan tempat beli tiket panjang gila beratuq..aduhhhh!! (more…)

Read Full Post »

Jersiku jersimu jua

7/12/2007..destinasi bajet kami yang seterusnya adalah ke padang besaq yang pada aku cam padang kecik aja..takdak la besaq mana sangat..tapi rambang gak bijik mata aku tengok barang kat situ..cam besa aku ngan 2 member aku(fida & aida) pakai cantik-cantik mekap tebai-tebai pastu gerak pi padang besaq..aku beli kerongsang ngan baju t shirt ngan baju setengah lutut tu..murah gak banding KL..nak beli baju ultramen kat anak buah aku mahai sangat pulak.RM15 kalau aku beli 3 helai dah RM45 tu baru baju tak sekali seluaq..uihhh takleh jadi.. (more…)

Read Full Post »

Aku Jatuh…

5 Dis 2007….Tok aku kata kalau jatuh bangun sendiri..sebab apa aku citer pasal jatuh arini?sebabnya dah lama aku tak jatuh..dan tengah hari tadi balik dari kelas..kuar reta..dengan kasut tumit tinggi 2 inci aku tu..aku terpijak lubang kecik dan terduduk ala bersimpuh diatas rumput yang empuk belakang café asrama aku..uhhh..malu ah dong..aku pandang kiri kanan cam nak lintas jalan untuk memastikan tak ada makhluk walau kucin sekali pon yang menyaksikan insiden kejatuhan aku itu..aku jadi kaget tak tentu arah..semasa jatuh aku cuba menyelamatkan laptop kesayangan aku yang jarang aku masukkan dalam beg laptop yang sepatutnya(berat sangat tak larat bawak)Alhamdullillah selamat..aku cuma mendapat sedikit kecederaan pada muka aku iaitu muka aku menjadi semakin tebal dan kemerah-merahan akibat menahan malu.. (more…)

Read Full Post »

Aku yang baloq liat

Aku heran btoi ngan diri aku ni..amat la baloq liat..atau dalam erti kata rojjaq malaih atau malas..atau segan..atau tak rajin..atau lembab buat reja..atau slow..atau apa aja yang seerti ngan istilah tu..yaaa aku amat risau ngan keadaan ni sebab aku hanya ada seminggu lagi masa nak study..dan aku masih berfoya-foya menonton drama bersiri jepun,drama korea, sandiwara semasa, melayari internet yang banyak di block oleh en.sazali dan kadang-kadang tak dapat langsung, berjalan tanpa arah tujuan di pekan kangag yang sekangkang kera tu,bergosip ngan memba dan lain-lain perkara lagha yang aku buat..apakah punca kebaloqan aku ini?adakah disebabkan gen? atau disebabkan pemakanan aku yang cepat..tak kunyah terus telan..atau sebab asuhan tadika kemas aku..atau sebab didikan yang aku dapat di sekolah/kelas ngaji petang..atau disebabkan diri aku sendiri..dan (more…)

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »