Posted by: cincaugirl on: October 14, 2008
2 bulan dah..2 bulan dah..2 bulan dah..Tak bayar kad kredit?Nehi..Kandungan aku? Aishh..period aja..Ngandung hapanya..dah 2 bulan ropenya aku jadi isteri orang..Apa aku rasa..huhhh susah nak cakap..aku kena dok umah mak mentua aku..sebab? Sebab aku PJJ..perkahwinan jarak jauh..takkan husband aku nak sewa rumah semata2 nak menurut hati intan payung pengarang hati buah jantung isterinya ni..jangan pasai aihh..so aku pon bermastautin la kat umah mak, ayah mentua ngan husband aku kat keramat nunn..huhhh memang keramat..cam busut keramat..yang sangat takut aku nak jejaki.. Read the rest of this entry »
Posted by: cincaugirl on: September 8, 2008
Hari dah genap sebulan aku jadi isteri orang..lama gila tak taip apa-apa..tah aku rasa cam banyak sangat reja sebelum kawen..ni baru sempat nak lepak sambil naip..aku nak mintak mahap(sebut cam madam Onni ezora selalu sebut) sangat kat kengkawan yang aku tak jemput..bukan aku taknak jemput tapi aku terlupa..cehh aku ni sebelum nak kawen cam bagus haaa nanti nak buat checklist kengkawan yang aku dah jemput..tapi cam harun salim aja aku tak buat..dan last2 ada gak yang aku tak jemput terlupa nak bagi alamat dan sebagainya..mungkin orang yang belum pernah kahwen akan cakap “ alah takan tak ingat nak jemput !!!!” huhhhh jangan cakap la..dulu pon aku terpikir camtu bila kawan aku tak jemput aku..tapi bila aku dah dok dalam kasut tu baru aku tau…so minta mahap la..takpa doa pon dah cukup kan..ada student kecik hati kata aku tak jemput..aku memang nak buat cam pengumuman raya cam dalam tb kat frenster ngan myspace..tapi dok tagak tagak sehari ke sehari ngan internet cam siput babi mengesot aku sampai terlupa..aduhhhhh..
Semalam aku buka posa kat kedai abg Kenny ngan 2 anak buah aku yang tergedik2..teka aku jumpak sapa..aku cam kenai aja muka..cam pernah tengok dalam tb..haaa nora Danish betoi ka dia..aku cuba tengok perut dia..haaa sah nora Danish..muka cute tapi cam sombong..tapi cam sian lak kat dia..sampai hati laki dia ceraikan dia time ngandung..ishhh..tapi aku rasa pon dia cam sombong btoi la..ok tu aja nak citer..tah apa2 ekk..
Esok aku nak kena pi KL beli buku untuk library..camna nak tahan lapar..aku jalan kejap kat bazaar dah rasa cam nak capai ayag kat bazaar dan menghirup sambil memuat buih..ni kan pula nak jalan seharian sambil cari buku..sahur kang aku nak makan sampai muntah..supaya aku tak lapag keesokan hari..makkkk aiiii malas bangun sahur..bangun sahur..tetiba teringat mak suami aku merangkap mentua aku..tapi lenkali citer..ok aku lam alif fa ro..Selamat berpuasa
Posted by: cincaugirl on: March 14, 2008

10.30 mlm..aku baru ja balik dari tengok Singing Contest kat poli aku ni.Bebudak nyanyi lagu omputih..Saja ja pi sebab kat dalam TV arinih takdak citer best. Sampai2 tak start lagi.Persembahan dimulakan ngan peserta yang pandai mengsumbangkan lagu. Aku ni kalau lagu omputih ni aku memang fail la.Aku kan orang kampung.Mana la pandai semua tu. Lagi pon aku memang kureng gemar lagu omputih. Ada la 2 3 lagu omputih yang betul2 glamor yang aku tau.. Kalau lagu Twinkle2 litle star ka.. lagu Happy besday to you ker.. Old Macdonald has a farm ker tau la aku. Nak nak lagu2 sekarang ni haram aku taktau.. Kalau nyanyi kat aku aku mungkin pernah dengar lagu tu kat radio ka tv ka, tapi angpa jangan tanya aku tajuk dia, sapa nyanyi, lirik dia apatah lagi. Tapi cuba bagi lagu melayu insyaAllah aku leh jawab. Tapi diingatkan bukan lagu band2 indon. Lagu zaman 80 an ngan 90 tau gak la nak nyanyi, tapi lani dah tak hingat sangat. Aku banyak makan semut. Tu sebabnya. Student sbelah aku dok ikut nyanyi lagu yang peserta tu cuba sedapkan tapi gagal. Aku nak follow tak pandai.Aku taktau bait lirik lagu tu..aku dengar love love ja..yang lain cam tak berapa jelas. Cam nyanyi ngan mulut yang penuh ngan nasik goreng pataya..lama tak makan nasik pataya..Sedapnyaaa
Posted by: cincaugirl on: March 11, 2008
Kenapa aku sangat bosan? Hari-hari aku bosan.Aku bosan bangun pagi mandi,iron baju kurung, makeup pastu drive keta pi tmpat keja yang sangat dekat.Jalan kaki pon sampai.Aku bosan masuk kelas seawal 8.00 pagi. Bosan ngadap muka pelajar yang buat muka tak siap bikin baru bangun tidog awai pagi.Dari ada abg mahmood(mood) nak ngajag terus hilang di bawa kabus pagi.Kenapa aku bosan? Kenapa? Nak kata tak best, kadang best gak ngajar kalau kena ngan bebudak yang kelakar suka bagi respon.Tapi kalau dapat kelas yang aku ngajar cam cakap ngan whiteboard, cam cakap ngan tingkap, cam cakap ngan kusi meja, cam cakap ngan duster mana leh tahan.Aku cuba jugak tarik perhatian bebudak ngan buat lawak yang aku sendiri rasa cam bodoh kadangkala.Kenapa nak kena buat lawak? Aku bukan nak rampas takhta si Johan raja lawak tuh.Apatah lagi nak bersaing ngan AR Badul atau Hamid Gurka.Semua tu bukan aku.Memikirkan hari-hari esok yang bakal aku lalui rasa cam sama aja setiap hari.Aku perlukan anjakan paradigma.Tapi camna?kamon caiyo-caiyo! Read the rest of this entry »
Posted by: cincaugirl on: March 10, 2008
Kenapa time kawin orang palu kompang? kenapa tak dimainkan piano, biola atau kastenet? Kenapa nak kena main kompang gak? So aku rasa kita patut tukar..main lain pulak kasi gempak sikit majlis kita.Aku kawin nanti aku didengarkan ngan alunan muzik lain.. Kenapa aku citer pasal pengantin baru? Sebab sorang member aku baru kawin 7/03/08 aritu.Dah tu majlis buat 8/03/08 time ngundi. Tahniah Aida ngan abg Leman Upss terpanggel abang pulak..Jumaat sabtu ahad.Tiga hari aku cuti. Aku menghabiskan tiga hari cuti tu dengan mengambil berkat di rumah-rumah pengantin. 4 Majlis aku ngan Fida pi..so kalau tak kawen gak taun ni aku taktau la. Read the rest of this entry »
Posted by: cincaugirl on: February 28, 2008
Setelah 1 hari setengah, Shiro telah berjaya dijumpai oleh kak noli (mama gebu) dalam keadaan bogel dan kelaparan. Dia kelihatan sangat letih.Di mana dia dijumpai? Ohh ketika kak noli pulang dan hendak bertandang ke rumah jiran seperti biasa untuk bergosip agaknya tetiba meluru masuk satu makhluk berbulu (bukan musang berbulu ayam yer) ke dalam rumah. Kak noli menjerit “ Shiro!! Shiro!! Ini kucing kami yang hilang” sambil mendakap shiro dengan penuh manja.Dan Shiro meronta-ronta kelemasan.Baru sehari lebih shiro hilang kelihatan badannya sedikit susut. Kak noli mengendong shiro ke tingkat 4 umah kami sambil menjerit memanggil nama aku “ Fiza akak dah jumpa Shiro” tahniah Kak noli. Tahniah.. sahbas bete.. shabas.. Read the rest of this entry »
Posted by: cincaugirl on: February 26, 2008
Dari semalam aku, kak norli ngan fida diselubungi misteri kehilangan Shiro.Di mana Shiro? Di mana dia menghilang?Puas kami cari dan mencari-cari di dalam rumah.Tapi hampa. Adakah kami perlu mendapatkan bantuan pakar yang dalam mastika tu(apa namanya aku lupa) untuk menggunakan kuasa minda memikirkan di mana shiro aku berada..Sebelum kehilangannya, dia bermain-main dengan benang aku.menggigit benang yang aku guna untuk membuat kraftangan sehingga putus.Dan habuan yang dia dapat adalah balingan seperti bola boling oleh aku. Dia tidak makan aiskerim ketika itu. Adakah dia merajuk? Kecik hati atau kagum dengan balingan aku yang bias menjatuh kan semua pin.Aduhhh mana shiro pergi..Kami buntu nak cari di mana lagi.Nak dapatkan bantuan Polis.Ahh sharlinie punya kes pon depa dah tutup.Inikan pula Shiro aku.Depa akan pandang sebelah mata aja..atau pandang dengan mata terbukak sikit aja..Argggghhhhhh!!!! bagaimana aku nak teruskan hidup aku.. Read the rest of this entry »
Posted by: cincaugirl on: February 25, 2008
Oiii mata pejam la oiii..dok klikpok klikpok lagi..bila mau tidog ni..esok isnin..kelas aku kul 8.00 pagi oi..kul 6.45 pagi aku dah nak kena mangkit.Kalau kul 3 tidog aku hanya tidog 3 jam lebih aja.Mana cukup beb..TV 3 citer apa? Jodoh 2 beradik..citer apa tah aku tak pernah tengok pon..ada Wardina time dia tak pakai tudung dulu dan ada arwah Hani Mohsin..TV2 citer korea “Running Boy”.Cam best tapi tak larat tunggu.TV8 game apa tah..TV1 ada lawan badminton.Tapi aku pon tak sure lama puya ka apa..nampak cam dia tulis piala thomas.. Malaysia lawan Korea..bila punya ekk.ketinggalan tul aku bab sukan mukan ni..awat takleh tidog ekk..patutnya aku letih leh terus tidog..banyak aku jalan petang tadi..drive lagi hampir 3 jam..tapi takmau gak mata aku pejam. Read the rest of this entry »
Posted by: cincaugirl on: February 20, 2008
Aku hangin satu badan ngan bebudak..bebudak mana? Anak buah aku? Bukan! Bebudak kerja caffe pon bukan..sapa lagi kalau bukan bebudak yang tak paham bahasa melayu yang aku guna setiap hari untuk mematuhi arahan aku yang sangat simple dalam mengisi borang pinjaman KPTM. Aku sangat heran ngan bebudak ni..arahan yang sangat senang tak paham..bingai ker apa..dah tu menyusahkan aku..nak tunggu aishhhh..tapi bukan semua la..yang bingai tu ada dalam 10 20 orang dari 80 orang..uihhh banyak gak tu…Aku asyik nak hangin aja kat semua orang..bodoh..bangang..tolol..tu aja yang kluag dari mulut aku..tapi waktu mengomel sorang2 la..nak cakap depan..aishhh gila apa..ingat aku ni bingai sangat.. Read the rest of this entry »
Posted by: cincaugirl on: February 12, 2008
12/02/08-10.30 malam- Aku baru aja abis tengok abang RIO beraksi dalam dunia baru..suaranya..gayanya sangat macho bagi aku..minat gila lak aku tengok si RIO ni..tapi apa nama dia betul ekk..nanti ahh cari dalam internet. Semalam aku kata aku sangat menantikan raya Cina.Sebab apa?Kalau dulu-dulu time raya cina aja..ada sorang kawan We aku cina,dia akan bagi macam2 kat kitaorang.kekla..biskutlah..kuih bulan lah..Ba Kut Teh la..ehh ba kut teh aku tipu J..Dan pada tahun baru cina ni la aku akan disajikan dengan citer-citer cina yang aku damba-dambakan..yerla dulu2 mana aku ada VCD ngan DVD player..ngadap TV aja..mana mampu..aku kan kampung. Read the rest of this entry »
Komen