cincaugirl

Kompang Di Palu..Pengantin Baru

Posted by: cincaugirl on: March 10, 2008

Kenapa time kawin orang palu kompang? kenapa tak dimainkan piano, biola atau kastenet? Kenapa nak kena main kompang gak? So aku rasa kita patut tukar..main lain pulak kasi gempak sikit majlis kita.Aku kawin nanti aku didengarkan ngan alunan muzik lain.. Kenapa aku citer pasal pengantin baru? Sebab sorang member aku baru kawin 7/03/08 aritu.Dah tu majlis buat 8/03/08 time ngundi. Tahniah Aida ngan abg Leman Upss terpanggel abang pulak..Jumaat sabtu ahad.Tiga hari aku cuti. Aku menghabiskan tiga hari cuti tu dengan mengambil berkat di rumah-rumah pengantin. 4 Majlis aku ngan Fida pi..so kalau tak kawen gak taun ni aku taktau la.

Jumaat aku, Fida ngan Jisa gi akad nikah Aida ngan Abg Leman..Pengantin pompuan yang sangat sempi ditemani ngan Cikgu lelaki tukang amik gambar yang bertindak selaku pengapit aida. Aida sangat berseri time akad nikah..Aida telah bertukaaaarr menjadi orang yang tidak dapat dikenali oleh kami. Sangat cantik..makeup nya..Naik seri orang kata.Tapi aida belum jadi puan seri yer.Kami tolong pack gift tuk orang ramai..Niat di hati nak pau splastik dua tapi sebab niat nak amik berkat kami buang jauhhh nunn niat jahat tersebut. Alhamdullillah dilindungi dari melakukan dosa mencuri :) .

Sabtu. Majlis kenduri pihak perempuan.Umah Si Aida ni..muka kami lagi yang pi..Aku rasa tah mak dia dah nyampah asik2 muka aku ngan fida aja..muka lain takdak.Kami berjaya dilantik sebagai pelakon tambahan dalam sesi pengambaran pengantin..kamon la sampingan aja watak kami..kami nak watak yang mencabar..kamon la apa la cikgu tukang amik gambag ni..tak tau nilai bakat yang ada pada kami. sampingan pon sampingan daaa.

Ahad.Niat dihati nak rehat sambil menonton Melodi..nak sangat mendengar kisah buruk si Fasha Sendat atau lebih dikenali sebagai Pashamon..Jam kul 11.10 Pagi.Kami dikejutkan dengan panggilan dari Abg Leman suami si Aida.. Dia suh aku ngan fida jadi pengiring ke rumah pihak lelaki kul 11.30 nak gerak..Kamon.. Makeup aku pon dah makan masa setengah jam. Aku ngan fida bagai halilintar menyambar bumi..cam aeron kwok ngan ChengEkin dalam citer Storm Riders..mandi, makeup ala kadar, drive gi umah abg leman.Alhamdullillah..bila niat tu baik tuhan bagi kami sampai sama ngan pengantin.So dikira pengiring la.Kalau kami sampai lewat kami akan digelar sebagai tetamu tak diundang. Uihh makanan sangat sedap..Tapi sebab aku dah makan roti arab kat umah..aku tak boleh lagi memasukkan makanan yang banyak dalam perut aku walaupon hati aku nak makan sampai takleh muntah. Cendol aku tak sempat capai..sebab segan ngan pakcik-pakcik yang melirik manja ke arah kami berdua..huh. Abis makan begambar cepat-cepat cau..sebab takut ada orang terbekenan kat kami dua orang gadis sunti ini huhuhuhu

Balik dari umah abg Leman.. tak abih lagi tuh..kami pi pulak umah kawin member Fida..ha ni baru la akudkira tak diundang..aku pegi aja temankan si Fida..tapi tak makan.Sebab kenyang..Tangkap gambar aida pastu balik titon ooooo..sangat mengantuk..Ini lah destinasi dan aktiviti aku cuti 3 hari nih..Ok anyiong

p3073063.jpg

2 Responses to "Kompang Di Palu..Pengantin Baru"

korang..thanx sesangat sudi dtg umah aku dan umah abang leman. meriah umah aku dgn kehadiran korang sumer. len kali boleh jadik pelakon sampingan lagi. tp majlis apa pulak ekk…
p/s: ala za, jangan la puji i tinggi sangat, kang jatuh abang leman tak larat angkat… :p

tahniah kepada aida dan abg leman, mmg sedap nasik minyak pd hari itu, sampai 4x aku tambah..

Leave a Reply

 

March 2008
M T W T F S S
« Feb   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

a

Komen

jie on Bantai Kekabu
cincaugirl on Aku dan UUM
kak yong mieza on Aku dan UUM
zaza on Aku dan UUM
nizam_matrix_kelas48… on Aku dan UUM

Biodataku(cam budak sekolah)