Posted by: cincaugirl on: February 28, 2008
Setelah 1 hari setengah, Shiro telah berjaya dijumpai oleh kak noli (mama gebu) dalam keadaan bogel dan kelaparan. Dia kelihatan sangat letih.Di mana dia dijumpai? Ohh ketika kak noli pulang dan hendak bertandang ke rumah jiran seperti biasa untuk bergosip agaknya tetiba meluru masuk satu makhluk berbulu (bukan musang berbulu ayam yer) ke dalam rumah. Kak noli menjerit “ Shiro!! Shiro!! Ini kucing kami yang hilang” sambil mendakap shiro dengan penuh manja.Dan Shiro meronta-ronta kelemasan.Baru sehari lebih shiro hilang kelihatan badannya sedikit susut. Kak noli mengendong shiro ke tingkat 4 umah kami sambil menjerit memanggil nama aku “ Fiza akak dah jumpa Shiro” tahniah Kak noli. Tahniah.. sahbas bete.. shabas..
Tapi kehilangan shiro selama 1 hari setengah masih menimbulkan tanda tanya kepada kami semua hingga saat ini. Sapa colek Shiro? Camna dia leh kuar sedangkan pintu tertutup rapat? Takkan dia terjun dari ting 4..sangat tabah betol..leh la dia jadi stuntman pasnih.So apa pendapat anda? Bagaimana dia boleh melepaskan diri? Sila beri pendapat anda.. Satu lagi yang amat membimbangkan kak noli adalah adakah Shiro maih dara? Tah apa2 kak noli memikirkan sejauh itu. Kami cuba cek uhhhhh tahlah kami taktau apakah tanda-tanda yang menunjukkan dia telah dinoda.. takper kami akan tunggu sampai sebulan lagi.Kalau dia loya2 dan muntah sah la dia telah dirogol.Tapi kalau dia dirogol sekali pon dia belum baligh. Mesti dia tak mengandung bukan? Uhhh persoalan yang sukar dijelaskan dengan taip-taip.Tapi takpa yang penting dia dah pulang ke rumah.Terima kasih diucapkan kepada jiran-jiran yang memberi kerjasama dengan menutu pintu umah ketika kami nak buat pemeriksaan, kepada guard poli kerana meronda naik moto, kepada para pelajar kerana tidak memberi makan kepada shiro semasa terserempak ngan dia dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana tidak merepot pada pengarah yang kami bela kucing dalam umah..salah oooo
Aku baru abis kelas..cam biasa sangat penat bercakap dengan nada yang kuat.dengan ritma yang betul dengan intonasi yang sedap.dengan sebutan yang betul dan dengan mimik muka yang sesuai. Hari ni takdak student yang menyakitkan hati..semua berjalan lancar. Aku dok pk ari minggu ni mana aku nak pi.Gaji baru bank in dalam bank mau minggu depan baru leh pakai..Arghhhh..Ok aku malas la arinih. Petang ni aku nak pi beli makanan Shiro. Satgi menyentap lak shiro tu..ok anyiong higeseyo
February 29, 2008 at 6:02 am
aku rasa shiro terpengaruh dgn citer spiderman….