cincaugirl

Lawatan sambil mengorat ke Alor Star

Posted by: cincaugirl on: December 2, 2007

1 Dis 2007-Sabtu..hari cuti yang amat menggembirakan hati aku yang memang tau nak bersenang lenang aja..Orang tua-tua ada kata jangan dok suka lebih..nanti datang bala.bukan balakrisnan keling botoi yang suka curi botoi kicap belakang umah aku tu..sebut pasal keling botoi teringat aku time kecik-kecik dulu..susahnya nak dapatkan walau sekupang..beza ngan budak la ni..mintak duit dapat..dedulu aku kalau nak dapat duit kena jalankan tugas dulu..pi kedai ka(selalu kena ligan ngan shahidanßbudak wayar putuih atau kata kasarnya gila)..bawak lembu balik ka..sapu daun pelam kat depan rumah ka..angkut tanah yang tokwan aku beli selori tu ka..dan juai botol kat keling botoi..so bila si keling ni mai..tindakan refleks aku adalah mencari botoi dalam umah aku ngan luar umah untuk dijuai..dan hasilnya takat nak beli cekelat tu lepas la..kalau nak ayag gas takleh aaarr.. 

Berbalik kita kepada main point(tiru ayat cikgu aku)..aku bawak 2 orang budak tadika(member aku) ke pekan Alor Star untuk kali kedua..naik cemuih gak Alor Staq tu..ha la balik2 kat situ gak..kawan aku nak cari baju untuk dinner ari jumaat ni katanya..puaih gak jalan..takdak yang bekenan di hati..wak pi pulak pekan rabu..kot-kot ada yang bekenan..tak dak gak…apa dia nak pakai gaun cam zaman victoria ka apa…takpa selaku pemandu pelancong yang agak arif kat pekan tu aku teruskan perjalanan aku..aku rasa barang kat loqstaq ni ada gak mahai dari kat KL..

pas cemuih kat pekan rabu ngan ct plaza tu..aku bawak depa pi kuala kedah..aku pon dah lama gila tak pi kuala kedah tu..seingat aku aku pi kali pertama time aku tadika kemas dulu..time tu aku masuk pertandingan melukis..dapat nombot 3..uihhh tera gak aku.cehhh sembang kemaih aihhh.. J dan kali terakhir aku pi bila tah tak ingat dah..So aku bawak kawan aku pi bergambar kat kota kuala kedah tu…ramai gak orang..famili ada..anak remaja dating ada..mat rempit apatah lagi..kami teruskan aktiviti bergambar ala model kami walaupon ada yang memandang serong…ada yang cemburu ngan digital kamera kawan-kawan  aku(aku takdak det nak beli kamera)..tapi peduli apa aku…takdak sapa yang kenai kami..lain la kat sabak bernam nak aku pakai topeng ultramen yang anak sedara aku suh beli tu.. 

Kami sampai pon, rumah yang ada bahan2 sejarah kota tu dah nak tutup..so kami cuma sempat bergambar ala kadar aja..aku cuba buat ramah lebih  ngan guard untuk masuk dalam umah tu walaupon time tu guard tu tengah nak tutup tingkap dan pintu..kami teruskan penerokaan kami dengan lebih jauh tentang sejarah kota kuala kedah tu..tula dulu time kelas sejarah bantai tidoq..la kan dah taktau apa..pasai kota tu pon aku suh member aku baca sendiri kat batu ala batu bersurat tu..nak goreng pon aku taktau..tengah kami asyik bergambar ada sorang mamat ni panggil aku macam ni bunyi nya setelah ditapis oleh aku “akak..tau tak ni minatang apa?(sambil menunjukkan pada aku seekor binatang)”..”Apa ang ingat aku ni bodo sangat ka minatang tu pon taktau”berkata aku dalam hati…tapi di mulut ini yang keluaq “ooo.ala tau la..tu belangkas la”(sambil menunjukkan muka tera.)..mamat tu seakan terkejut bila aku jawap..lalu bertepuk tangan ßayat ni aku tambah bagi sedap cerita J..mamat tu beria nak tunjuk kat kami lebih dekat..dan aku OK aja..dia suh aku waklik belangkas tu bakar makan..ishh budak ni..mana aku pernah makan..nak siang pon aku taktau..aku menolak pelawaan mamat tu dan aku suh dia lepaskan balik..ni gambag aku ngan belangkas tu.. 


span><a target=”_blank” href=”http://photobucket.com/
Rupa-rupanya mamat tu nelayan kat situ..muda sangat lagi..aku pasti muda dari aku..tetiba aku cam bangga gak ada gak anak muda yang jadi nelayan cam dia…dia berlalu lepas kami ucapkan “Terima kasih..sudah kenyang”..baguih tul mamat tu..takdak unsur2 nak ngorat ka atau bersiul-siul untuk menarik perhatian anak gadis seperti kami niJ..bagus pendekatan yang dia gunakan.(tetiba teringat paper ilmu pendidikan 13 hb ni)…

Selang seminit berlalu kami ditegur oleh 2 pak guard yang agak muda yer (off course kami lagi tua)..dok buat ramah lebih..mana aja kami pi dok ikut..pasai paaaa..bukan kami nak buat maksiat..kami jadi segan lak (cam anak dara zaman semerah padi)..aku pon kluaq la bahasa kedah yang lama aku tak guna kan sepenuhnya..kalau kat klas bunyi gak time ngajag  sayee..nak apeee..dia tolong amik gambag kami 3 orang..takut pulak aku nengok pandangan pak guard ni..abih jer selaku gadis yang belajar etika kami pon mengucapkan “Terima kasih..sudah kenyang” dan berlalu pergi.. 

Kami sampai pekan loqstaq balik..dan seperti biasa kami tak jumpa mana-mana lelaki yang hensem kat pekan loqstaq ni…aku memang tiap kali balik kedah aja aku akan suh member aku bilang berapa orang dah lelaki hensem yang kami terserempak..dan hasilnya amat memilukan..tah la aku taktau mana pi abih lelaki2 hensem kat kedah ni..bukan nak ngorat..Cuma nak jadikan halwa mata aja…dan betul kata orang kalau kita nak cari orang yang baik2 cari di tempat yang baik..dan kami telah berjaya buat sekian kali nya jumpak 3 orang lelaki hensem kat kedah ni untuk hari ini..dan tempat kami jumpa tu adalah di masjid zahir..di sini rupanya mereka..syukur pada tuhan.. 

Destinasi  berikutnya adalah pasaraya kembaq nobita iaitu giant..tapi tak banyak kedai yang bukak..seb baik tak banyak kedai yang buka..kalau semua kedai buka mau abis duit aku..dan aku berjaya membazirkan duit aku pada 2 pasang kasut krismas baru…aku beli sebab aku suka ribin-ribin yang ada kat kasut tu..tahniah untuk aku..Kami bergegas balik ke maktab perlis bila dah abih duit..singgah kedai burger nak beli “Oblong” first time aku nak beli makanan tu..kata depa oblong tu cam prosperety burger MC D tu..tapi malangnya menatang tu dah abih..so beli burger aja..balik sampai bilik ala pompuan biasa la kan..menerai balik barang yang dibeli atau dalam erti kata lain menayang kat member..pastu bummmmm tidoq…zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz 

nin dia kasut aku..nak tayang gak..

3 Responses to "Lawatan sambil mengorat ke Alor Star"

laaa.. mmg la dah abeh jejaka kacak lostaq.. ni dah yg kacak2 setben besaq mata sepet putih galak mai dok kl dah neh… mana da dok lostaq dah la ni… hahahaha…

ooo..adakah yang anda maksudkan adalah diri anda sendiri?budak changlun tu ka gerangannya?(bertanya dengan kerut di dahi seperti menahan sembelit)

wei ang lupa tambah mamat ensem yg last week kita jmpa..da ada 6 org la ….kekeke…so ang try ingat lubuk mn kita bole p lg…

Leave a Reply

 

December 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

a

Komen

cincaugirl on Aku dan UUM
kak yong mieza on Aku dan UUM
zaza on Aku dan UUM
nizam_matrix_kelas48… on Aku dan UUM
cincaugirl on Aku dan UUM

Biodataku(cam budak sekolah)